Thursday, 22 November 2012

Cerita Kecik-Kecik:Sekolah Tadika

Hai gadis-gadis solehah and cantik.Post kali ni aku nak cerita pengalaman aku masa sekolah tadika dulu. Aku ni merupakan anak kecil yang dulu kini selamanya malas nak pergi ke sekolah.Nasib sekarang aku dah habis sekolah.
                                                   Macam ni lah tadika aku dulu.Percayalah.

  Tadika aku dengan rumah aku tak jauh sangat pun.Tapi sebab mak aku sayang aku dia hantar juga aku     tiap-tiap hari naik kereta.Terima kasih awak mak.Kat tadika tu yang jadi cikgunya mak saudara aku sendiri tapi aku tetap malas nak pergi sebab takde gadis-gadis comel.Kalaulah Nora Danish dengan Juliana Evans tadika sekali dengan aku dulu mesti hari-hari aku taknak balik.Jadi disebabkan kat tadika aku takde Nora Danish jadi aku pun hari-hari malas nak pergi.Hebatkan alasan aku.

  Dulu perasaan kalau nak pergi sekolah tu sayu je hati.Kalau menangis hari-hari penat jugak kan.Kalau tiap-tiap hari nak cakap dekat mak pening kepala memang mak tak percaya kan.Jadi nak tak nak tiap-tiap pagi tu kena mandi lah juga kalau tak kena marah pula.Tapi keinginan aku untuk ponteng tak pernah berhenti.Aku masa kecik pun dah pandai fikir taktik-taktik genius tau.Ini semua hasil aku tengok Power Rangers tiap-tiap minggu.

  Salah satu taktik yang paling aku ingat dan yang paling bahaya aku pernah buat ialah aku terjun dari kapal terbang kereta.Nasib masa tu aku pandai juga aku terjun dekat tempat yang ada rumput.Kalau tak musnahlah muika aku persis Fizo Omar ni.Kalau kena seret dengan jalan mesti muka aku jadi macam lanun dah.

  Hasil yang aku dapat dari kejadian tu ialah malu sampai sekarang.Nak pergi tadika pun malas kan.Nasib baik tak mati.Kalau aku mati memang tak kahwin lah Juliana Evans sampai tua nanti.Jadi adik-adik sekalian lain kali jangan malas pergi sekolah tau.Sekolah itu sangat best sebenarnya.
                               



                                                     



Monday, 19 November 2012

Cantik=Bunga

Arini aku dah cipta satu equation baru. Cantik=Bunga=Perempuan.
Aku dapat equation ni sebab aku teringat satu kisah aku dengan mak aku.Kisahnya macam ni masa nak pergi sekolah tahun lepas aku ternampak sepokok,sepohon,sebatang pokok bunga ros atas meja dekat halaman rumah aku.Pokok bunga tu hari-hari aku siram sebab aku tengok bunga tu lawa.Sebagai lelaki yang bernafsu mesti suka kepada kecantikan kannnnn.Dan sebagai lelaki yang bertanggungjawab aku pun menghargailah kecantikan itu sebaiknya.

Masa aku tengok bunga ros pagi tu jiwaku berasa tersentap,remuk,hancur sebab poko bunga tu dah layu dan nak mati dah.Lepastu aku pun tanyalah ustaz mak aku ''Kenapa bunga ni nak mati dah mak?'' kan dah siram hari-hari.Emak aku pun jawab dengan muka spontan ''biasa lah pokok lama-lama mati jugak samalah macam manusia=perempuan''.Mak aku pun tambah lagi nanti kalau nak cari bini jangan cari yang lawa je nanti lama-lama tua jugak hodoh jugak sebab cantik ni tak lama.Carilah bini yang baik,solehah yang tu lagi kekal.

Ustaz Azhar pun ada cakapkan tak cantik takpe boleh tutup lampu kannnnn.Tapi sebagai lelaki bernafsu binatang normal aku mestilah nak cari yang cantik gak kan..Tak boleh macam juliana evans yang macam lisa surihani,nora danish pun boleh juga.So,kita carilah yang full package cantik dan baik sebab hidup ni sekali je kan.Hidup ni lah nak enjoy nak suka-suka nak beribadat.All in one.Okeh Assalamualaikum.

#Save Gaza

Wednesday, 7 November 2012

Motif ku.

Namaku Nazim Azmi.Umur 18.Dunia makin hari makin maju kan semua orang aku tengok dah ade blog jadi hati ku yang kecil ni mempunyai tahap hasad dengki yang amat tinggi dan aku pun nak ada blog jugak.Aku buat blog sebab aku nak DUIT,DUIT,DUIT.

Aku buat blog juga sebab aku nak jadi glamour dan jadi hero Malaya nanti boleh kahwin dengan artis.YEAHHHH.Aku buat blog juga sebab nak dapat awek comel macam Juliana Evans dan dapat bini solehah seperti Ustazah Pilihan.

Okeh sudah jelas motif aku buat blog kerana kebendaan dan perhiasan dunia yang tak kekal kan.Sebenarnya aku kalau boleh cuba nak bagi awareness dekat public tentang sesuatu isu yang kita selalu ambil ringan dan aku cuba untuk menyebarkan agama Allah di bumi ini.Salam.